WELCOME TO ZHANZHINO WEBSITEDUKUHMAJA CITY DUKUHMAJA ANPIN: Kesedihan Rasulullah SAW

Selasa, 02 April 2013

Kesedihan Rasulullah SAW

Walaupun Islam telah melahirkan beberapa tokoh pahlawan yang terkemuka, namun Hamzah Bin Abdul Muttalib adalah pahlawan yang paling perkasa serta ditakuti oleh pihak musuh-musuhnya. Gelaran ‘Singa Allah’ yang diberikan oleh Nabi Muhammad adalah satu gelaran yang wajar untuknya memandangkan keberanian dan kegagahannya yang luar biasa itu.


Apabila Hamzah gugur sebagai syuhada’ di medan perang, Nabi Muhammad merasa amat sedih. Pemergian Hamzah merupakan satu kehilangan yang besar bagi umat Islam ketika itu. Tatkala mayat Hamzah dibawa kepada Nabi Muhammad, kelihatan air matanya berlinangan melihat ayah saudaranya yang sudah tiada lagi. Perutnya telah dikorek, badannya telah dicincang, manakala hidung dan kedua telinganya telah dipotong dengan dahsyatnya.



Setelah itu mayat Hamzah pun disembahyangi oleh para sahabat dan Nabi Muhammad. Setelah disembahyangkan sebanyak 70 kali barulah Hamzah dikebumikannya sekubur dengan saudaranya Abdullah bin Jahsh.


Tatkala memandang jenazah ayah saudaranya maka dengan nada sedih Nabi Muhammad. berkata, “Semoga Allah memberikan rahmat kepadamu, dan yang aku ketahui bahawa engkau adalah keluargaku yang telah berbuat kebaikan.”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar